Peta D'Family Homestay


View D'Family Homestay Pengkalan Chepa in a larger map

Monday, November 26, 2012

Lebih Gambar di D'Family Homestay

Berikut adalah gambar-gambar terbaru D'Family Homestay:


Gambar Ruang Tamu dalam 2 posisi berlainan:





1. Ini adalah ruang yang memisahkan antara dapur,bilik dan ruang tamu.Pemandangan di ambil dari arah ruang tamu menghadap terus ke ruang dapur.Kawasan ini disediakan untuk kemudahan para tetamu untuk menggosok baju di ruang yang disediakan.


2.Ini pula pemandangan yang diambil dari ruang dapur menghala ke ruang tamu,kawasan yang luas untuk keselesaan tetamu terutamanya untuk kumpulan-kumpulan kecil.(group2 bilangan 15-20 orang).


3.Ini pula adalah bilik utama (master bedroom) yang dilengkapi penghawa dingin dan bilik air di dalam.

4.Ini adalah bilik air di bilik utama.Bilik air yang luas dan bersih pasti memberi keselesaan kepada tetamu.


5.Manakala bilik kedua di lengkapi kipas syiling dan almari pakaian untuk penyimpanan barang-barang tetamu.

6.Bilik ketiga pula disediakan katil bertingkat untuk lebih tetamu didalam sebuah bilik.Bilik ini juga dilengkapi kipas syiling.


7.Ruang dapur yang luas dilengkapi dengan peralatan memasak dan pinggan mangkuk,periuk belanga,rice cooker,blender dan tak ketinggalan microwave untuk keselesaan memasak pilihan anda.

Jadi apa yang anda perlukan sentiasa kami cuba penuhi dengan menyediakan sebuah rumah lengkap untuk satu penginapan yang selesa bersama keluarga tercinta.Ayuh kita bercuti!

Penginapan untuk Muslim sahaja,kerana kami mengutamakan kebersihan agar dapat bersolat dengan selesa.

Nota:Setiap bilik disediakan sejadah dan arah kiblat.

8 comments:

  1. Wah... kalau kakak nak ke Kelantan bolehlah kakak mencuba. Tempat makan-makan di kawasan sekitar tunjukkanlah juga bagi kami melihat persekitaran pun baik juga sebagai info.

    Kakak suka sebab nampak selesa sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok kak...bagus gak idea tu..tq...

      kalau rasa nak datang ctc saya ye...

      Delete
  2. Besar dan luas rumah ni kak..

    Kalau ari Jumaat @ Sabtu ni free tak?

    ReplyDelete
  3. wah bestlah camni..klu gi kelantan leh aa duk kat sini

    ReplyDelete
  4. kemain besar rumahnyer ni...nanti bercutu kekelantan boleh la kesini...

    ReplyDelete