Peta D'Family Homestay


View D'Family Homestay Pengkalan Chepa in a larger map

Saturday, September 6, 2014

Bila air tiada satu kerja pun tak dapat buat.

Luahan hati...
Sudah 2 hari air tiada di kuarters tempat saya tinggal.Apa masalah pun saya tak tahu.Ada yang kata tekanan air rendah.Ada yang kata pam rosak.

Saya berulang mengambil air di surau.Surau masih lagi ada air.Tapi akhirnya akan surut.Aduan sudah dilakukan.Terpulang kepada yang berkenaan menyelesaikannya.

Rupanya air tiada lebih susah daripada tiada elektrik.Air nemanglah keperluan yang sangat penting.Kebetulan sudah hari minggu,kuarters pun nampak kosong,kebanyakan penghuni pulang ke kampung akibat tiada air.

Kasihan kepada keluarga besar seperti saya,air simpanan pun sudah habis digunakan.Kalau nak memasak pun perlukan air yang banyak.Sudahnya membeli diluar.

Itu tidak mengapa lagi,cuma ketiadaan air ni pun bukan baru kali ni.Dah banyak kali.Kami pun dah lali.Dulu-dulu pun tiada air berhari-hari,namun demikian menjelang tengah malam ada lah juga air.Kali ni langsung tiada!

Pihak berkenaan sepatutnya ambil tindakan dengan menyediakan lori tangki air.Tapi hampa.

Sekarang hanya menunggu bila saatnya air akan kembali normal

Pesanan:Apa pun tak boleh...