Peta D'Family Homestay


View D'Family Homestay Pengkalan Chepa in a larger map

Monday, May 11, 2015

Keselesaan Tetamu Diutamakan

Alhamdulillah.Kerja-kerja pemasangan hawa dingin di bilik yang ke-2 telah pun siap.Proses yang tidak rumit bagi yang pakar mengendalikannya.


Semoga tetamu D'Family Homestay akan merasa lega dan selesa apabila menginap di sini dengan suasana kita sekarang ni musim panas.

Banyak lagi yang ingin kami tambah baiki homestay ini agar para tetamu akan suka menginap di sini.Namun demikian faktor keadaan semasa banyak menangguhkan usaha kami ini.

Namun demikian,kami akan usahakan.Cuti sekolah akan datang akan bermula 30 Mei dan berakhir 14 Jun 2015.

Sudahkah anda merancang percutian anda?Boleh lah menghubungi kami sekiranya memerlukan penginapan.

Homestay kami biasanya menerima ramai tetamu dari luar Kelantan yang kebanyakannya menginap untuk menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran di kolej-kolej atau universiti yang berdekatan dengan homestay kami di sekitar Pengkalan Chepa dan Kota Bharu.

Selain itu ada juga yang turut menginap kerana menghantar rombongan pertunangan,perkahwinan dan juga pasukan dalam bidang sukan.

Apapun tujuan anda,kami sedia menerima kunjungan anda asal saja tidak melibatkan perkara yang ditegah agama.

Sekian dari saya Pn Ida pemilik D'Family Homestay dan terima kasih kerana memilih kami sebagai salah satu tempat penginapan anda.

Ingat Homestay Ingat D'Family Homestay.


Wednesday, February 4, 2015

Aircond di bilik ke 2 dalam proses


Kerja-kerja untuk memasang satu lagi aircond di bilik yang ke 2 sedang dalam pemprosesan.Insya Allah raya Cina ni boleh guna.



Untuk makluman harga Dfamily Homestay masih kekal RM200 semalam harga promosi sebelum ianya tamat pada akhir bulan Jun.

Selepas ini harga Dfamily Homestay akan bermula dengan harga biasa RM250 semalaman.

Jika berminat boleh hubungi Pn Ida 012-3247004.

Tuesday, January 13, 2015

Semangat Nak Ke Sekolah Tahun 2015!


Akhirnya setelah ditangguh seminggu sesi persekolah Tahun 2015,akhirnya 12 haribulan Januari bermula sesi persekolahan yang ditunggu-tunggu pun tiba.

Kesemua anak-anak saya  sudah bersekolah.Dah takde yang tinggal di rumah menemani saya.Namun begitu 6 anak saya semuanya berlainan sekolah kecuali yang no 5 dan 6 sekolah rendah yang sama.

Seawal jam 6 pagi saya bangunkan anak saya,mandikan anak saya yang bongsu ni,dan bersiap pakai baju sekolah.Baju sekolah pra tak dapat lagi jadi gunakan dulu baju pra sekolah anak yang dulu.

Lucunya,sekolahnya bukan lah jauh sangat.Sebelah kuarters je.Jalan kaki seminit dah sampai kat padang sekolah.15 saat lagi sampailah kat bangunan sekolah.hehehe..

Saja saya bangunkan awal-awal anak tu.Dah tahu nanti bersiap lama.Nak makan lagi,Nak pakai stoking pun lambat..hahaha..semangat kan umi dia.

Okaylah.Selamat bersekolah semua.

Pesanan: Jangan mula-mula je bangun awal,dia ni banyak alasan untuk tidak ke sekolah...hahaha

Tuesday, January 6, 2015

Selamat Datang tahun 2015

Alhamdulillah.Masa berlalu begitu cepat.Sudah hampir 3 tahun dfamily homestay beroperasi.

Sambutan dari masyarakat di luar sana dari pelbagai negeri telahpun ramai yang datang menginap di homestay kami.

Kami bangga dapat memberi perkhidmatan kepada semua.Semoga tahun 2015 memberi semangat baru dan dapat lebih ramai orang yang terus memilih kami sebagai tempat untuk menginap.

Kesan dari banjir 2014 di Kelantan tidak mematahkan semangat kami.Walaupun homestay kami selamat,kami tetap bersimpati dengan penduduk lain yang terkena musibah banjir ini.

Harga untuk tahun 2015 tetap tidak berubah lagi.RM200 untuk harga semalam.Masih kekal hingga akhir Jun 2015.Harga lama RM250 akan bermula pada 1 Julai 2015.

Hubungi:Pn Syahida 012-3247004 untuk tempahan.

Assalammualaikum. Jumpa lagi.