Peta D'Family Homestay


View D'Family Homestay Pengkalan Chepa in a larger map

Tuesday, January 13, 2015

Semangat Nak Ke Sekolah Tahun 2015!


Akhirnya setelah ditangguh seminggu sesi persekolah Tahun 2015,akhirnya 12 haribulan Januari bermula sesi persekolahan yang ditunggu-tunggu pun tiba.

Kesemua anak-anak saya  sudah bersekolah.Dah takde yang tinggal di rumah menemani saya.Namun begitu 6 anak saya semuanya berlainan sekolah kecuali yang no 5 dan 6 sekolah rendah yang sama.

Seawal jam 6 pagi saya bangunkan anak saya,mandikan anak saya yang bongsu ni,dan bersiap pakai baju sekolah.Baju sekolah pra tak dapat lagi jadi gunakan dulu baju pra sekolah anak yang dulu.

Lucunya,sekolahnya bukan lah jauh sangat.Sebelah kuarters je.Jalan kaki seminit dah sampai kat padang sekolah.15 saat lagi sampailah kat bangunan sekolah.hehehe..

Saja saya bangunkan awal-awal anak tu.Dah tahu nanti bersiap lama.Nak makan lagi,Nak pakai stoking pun lambat..hahaha..semangat kan umi dia.

Okaylah.Selamat bersekolah semua.

Pesanan: Jangan mula-mula je bangun awal,dia ni banyak alasan untuk tidak ke sekolah...hahaha

Tuesday, January 6, 2015

Selamat Datang tahun 2015

Alhamdulillah.Masa berlalu begitu cepat.Sudah hampir 3 tahun dfamily homestay beroperasi.

Sambutan dari masyarakat di luar sana dari pelbagai negeri telahpun ramai yang datang menginap di homestay kami.

Kami bangga dapat memberi perkhidmatan kepada semua.Semoga tahun 2015 memberi semangat baru dan dapat lebih ramai orang yang terus memilih kami sebagai tempat untuk menginap.

Kesan dari banjir 2014 di Kelantan tidak mematahkan semangat kami.Walaupun homestay kami selamat,kami tetap bersimpati dengan penduduk lain yang terkena musibah banjir ini.

Harga untuk tahun 2015 tetap tidak berubah lagi.RM200 untuk harga semalam.Masih kekal hingga akhir Jun 2015.Harga lama RM250 akan bermula pada 1 Julai 2015.

Hubungi:Pn Syahida 012-3247004 untuk tempahan.

Assalammualaikum. Jumpa lagi.