Peta D'Family Homestay


View D'Family Homestay Pengkalan Chepa in a larger map

Monday, May 11, 2015

Keselesaan Tetamu Diutamakan

Alhamdulillah.Kerja-kerja pemasangan hawa dingin di bilik yang ke-2 telah pun siap.Proses yang tidak rumit bagi yang pakar mengendalikannya.


Semoga tetamu D'Family Homestay akan merasa lega dan selesa apabila menginap di sini dengan suasana kita sekarang ni musim panas.

Banyak lagi yang ingin kami tambah baiki homestay ini agar para tetamu akan suka menginap di sini.Namun demikian faktor keadaan semasa banyak menangguhkan usaha kami ini.

Namun demikian,kami akan usahakan.Cuti sekolah akan datang akan bermula 30 Mei dan berakhir 14 Jun 2015.

Sudahkah anda merancang percutian anda?Boleh lah menghubungi kami sekiranya memerlukan penginapan.

Homestay kami biasanya menerima ramai tetamu dari luar Kelantan yang kebanyakannya menginap untuk menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran di kolej-kolej atau universiti yang berdekatan dengan homestay kami di sekitar Pengkalan Chepa dan Kota Bharu.

Selain itu ada juga yang turut menginap kerana menghantar rombongan pertunangan,perkahwinan dan juga pasukan dalam bidang sukan.

Apapun tujuan anda,kami sedia menerima kunjungan anda asal saja tidak melibatkan perkara yang ditegah agama.

Sekian dari saya Pn Ida pemilik D'Family Homestay dan terima kasih kerana memilih kami sebagai salah satu tempat penginapan anda.

Ingat Homestay Ingat D'Family Homestay.